Bismilllah.. Alhamdulillah, FUZI DREAM sekali lagi diberi kepercayaan untuk membekalkan katil dua tingkat dan tilam kalis air hospital di PKRC Bersepadu Pertama di Terengganu. Stadium Negeri Kuala Terengganu dijadikan pusat kuarantin sementara untuk menempatkan pesakit lelaki covid 19 untuk kategori 1-4. Menurut petikan dari PAHANG MEDIA,Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu dibuka di Stadium Negeri Kuala Terengganu bermula esok (Ogos 25, 2021) bagi menempatkan pesakit COVID-19 lelaki. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, berkata ia menjadi PKRC bersepadu pertama di Terengganu yang dikhaskan untuk pesakit daripada kategori satu hingga empat. Beliau berkata, pembukaan PKRC itu juga dibuat sebagai langkah proaktif susulan peningkatan kes COVID-19 selain persediaan sekiranya PKRC di pusat pengajian ditutup. "Ini antara persiapan (berikutan) pertambahan kes yang sejak akhir-akhir ini jarang berada di bawah 500 (kes) sehari namun sebahagian besar kes berada pada kategori satu dan dua sahaja. "(Pembukaan) ini lebih kepada persiapan kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jika institut pengajian tinggi (IPT) seperti UiTM Chendering dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dijadikan PKRC dibuka untuk sesi pengajian. "Pusat kuarantin ini mampu menampung seramai 390 pesakit pada satu-satu masa selain turut dilengkapi dengan bekalan oksigen. "Bagaimanapun, ketika ini, kita hanya menyediakan sebanyak 326 katil dan jumlahnya akan ditambah mengikut keadaan semasa," katanya ketika Majlis Penyerahan Stadium Negeri Kuala Terengganu sebagai PKRC di sini hari ini. Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed; Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Rozali Salleh. Dr Alias berkata, buat permulaan, seramai 40 pesakit dari PKRC Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuala Terengganu akan dipindahkan ke PKRC bersepadu ini bermula esok dan 35 petugas ditempatkan bagi melancarkan urusan di PKRC berkenaan. Katanya, jumlah petugas akan ditambah mengikut keperluan dan kedudukan pusat kuarantin berkenaan yang terletak berhampiran Hospital Sultanah Nur Zahirah bukan sahaja dapat memudahkan urusan tetapi mampu memuatkan lebih ramai pesakit. "PKRC ini adalah pusat kuarantin ketujuh di Terengganu yang boleh menempatkan pesakit dari seluruh Terengganu termasuk pesakit kategori empat," katanya. Semoga penyediaan fasiliti katil yang tidak seberapa ini dari FUZI DREAM ini, sedikit sebanyak membantu kerajaan menangani masalah Covid-19 di Malayia. www.fuzidream.com
www.pembekaltilam.com #hospitalpkrc #kilangkatil #kilangtilam #katilpkrc #katilsingle #katildoubledecker #pkrckterengganu #katilsingle #tilamhospital #tilamasrama #PKRC
1 Comment
|
Fuzi DreamKilang Tilam & Kilang Perabot Besi seluas 3 ekar di Rawang. Archives
August 2023
Categories |